Jumaat, 18 Julai 2014

#Tragedi MH17

      assalammualaikum wbt...

    Foto
Pada 17 Julai 2014, lebih kurang jam 2215 waktu malaysia, negara kita Malaysia sekali lagi di gemparkan dengan satu berita yang sungguh menyentuh hati iaitu terhempasnya pesawat penumpang yang telah ditembak jatuh di sempadan Ukraine - Russia.

Kejadian tersebut berlaku ketika umat islam sedang berpuasa ramadhan ke-19, tentu dapat dibayangkan situasi sebenar waris keluarga mangsa ketika ini.

Diharap pihak kerajaan mengambil tindakan kepada pihak bertanggungjawap yang  sengaja menembak  jatuh pesawat tersebut.

Tahun 2014 adalah tahun kedukaan buat Malaysia di mana bulan mac kita dikejutkan dengan kes kehilangan pesawat MH370 dan sekarang menyusul pula nahas MH17 di Ukraine. Namun dunia sekarang masih lagi dibelenggu kesedihan dengan kes pencerobohan Israel di Semenanjung Gaza, Palestin yang menyaksikan ramai kanak-kanak dan wanita serta orang awam yang tidak berdosa menjadi mangsa serangan bedilan roket.

Apa pun yang berlaku duharap keluarga waris dapat menerima segala ketentuan dengan hati yang tenang. Moga tabah mengharungi dugaan dimasa mendatang. Doa kami sentiasa mengiringi pemergian mu dan sentiasa berada didalam ingatan.

MOSCOW: Pesawat penumpang Boeing Malaysia yang membawa 295 penumpang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas di Ukraine dekat sempadan Russia malam ini. 


Senarai tidak rasmi penumpang MH17:
Belanda 143
Australia 27
Malaysia 20 ( 2 bayi)
Indonesia 11 (1 bayi)
British 6
Jerman 4
Belgium 3
Filipina 3
Kanada 1
Tidak diketahui 62
Jumlah 280
Kru teknikal 4 lelaki
Kru kabin 11 (3 lelaki / 8 wanita)
Semua kru warga Malaysia
Jumlah keseluruhan 295
Jumlah warga Malaysia 35
Crew;-
1. WAN AMRAN BIN WAN HUSSIN - LELAKI / MALAYSIA
2. CHOO JIN LEONG EUGENE - LELAKI / MALAYSIA
3. AHMAD HAKIMI BIN HANAPI - LELAKI / MALAYSIA
4. MUHAMAD FIRDAUS BIN ABDUL RAHIM - LELAKI / MALAYSIA
5. MOHD GHAFAR BIN ABU BAKAR - LELAKI / MALAYSIA
6. DORA SHAHILA BINTI KASSIM - PEREMPUAN / MALAYSIA
7. AZRINA BINTI YAKOB - PEREMPUAN / MALAYSIA
8. LEE HUI PIN - PEREMPUAN / MALAYSIA
9. MASTURA BINTI MUSTAFA - PEREMPUAN / MALAYSIA
10. CHONG YEE PEHNG - PEREMPUAN / MALAYSIA
11. SHAIKH MOHD NOOR BIN MAHMOOD - LELAKI / MALAYSIA
12. SANJID SINGH SANDHU - LELAKI / MALAYSIA
13. NAMFAZLIN SHAM BINTI MOHAMED ARIFIN - LELAKI / MALAYSIA
14. NUR SHAZANA BINTI MOHAMED SALLEH - PEREMPUAN / MALAYSIA
15. ANGELINE PREMILA RAJANDARAN PEREMPUAN / MALAYSIA


Ukraine tuduh pesawat Malaysia ditembak jatuh oleh ‘pengganas’
ANGGOTA pemisah pro-Russia berdiri di tapak nahas dipercayai pesawat MAS MH17 yang terhempas di Ukraine dekat sempadan Russia malam ini. - 

GRABOVO, (Ukraine): Pesawat MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu dipercayai ditembak jatuh oleh militan pro-Russia di timur Ukraine, dakwa pegawai Kementerian Dalam Negeri Ukraine.
Sementara itu, dalam Twitter Malaysia Airlines (MAS), melaporkan pihaknya terputus hubungan dengan pesawat MH17 dari Amsterdam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan