Jumaat, 18 Julai 2014

Pesawat penumpang Malaysia terhempas dekat sempadan Russia

assalammualaikum wbt...

Video pesawat penumpang Malaysia terhempas dekat sempadan Russia. Sumber: CNN
MOSCOW: Pesawat penumpang Boeing Malaysia yang membawa 295 penumpang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas di Ukraine dekat sempadan Russia malam ini.
YOUTUBE.COM


#MH 17 Dalam Kenangan.

Pada 17 Julai 2014, lebih kurang jam 2200 Malaysia telah dikejutkan dengan satu berita yang menggemparkan seluruh negara khususnya dan dunia amnya iaitu  berita mengenai kejadian pesawat penumpang Malaysia Airlines System (Mas) yang membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal yang mana kesemua anak kapal adalah warganegara malaysia.

Senarai tidak rasmi penumpang MH17:
Belanda 143
Australia 27
Malaysia 20 ( 2 bayi)
Indonesia 11 (1 bayi)
British 6
Jerman 4
Belgium 3
Filipina 3
Kanada 1
Tidak diketahui 62
Jumlah 280
Kru teknikal 4 lelaki
Kru kabin 11 (3 lelaki / 8 wanita)
Semua kru warga Malaysia
Jumlah keseluruhan 295
Jumlah warga Malaysia 35
Crew;-
1. WAN AMRAN BIN WAN HUSSIN - LELAKI / MALAYSIA
2. CHOO JIN LEONG EUGENE - LELAKI / MALAYSIA
3. AHMAD HAKIMI BIN HANAPI - LELAKI / MALAYSIA
4. MUHAMAD FIRDAUS BIN ABDUL RAHIM - LELAKI / MALAYSIA
5. MOHD GHAFAR BIN ABU BAKAR - LELAKI / MALAYSIA
6. DORA SHAHILA BINTI KASSIM - PEREMPUAN / MALAYSIA
7. AZRINA BINTI YAKOB - PEREMPUAN / MALAYSIA
8. LEE HUI PIN - PEREMPUAN / MALAYSIA
9. MASTURA BINTI MUSTAFA - PEREMPUAN / MALAYSIA
10. CHONG YEE PEHNG - PEREMPUAN / MALAYSIA
11. SHAIKH MOHD NOOR BIN MAHMOOD - LELAKI / MALAYSIA
12. SANJID SINGH SANDHU - LELAKI / MALAYSIA
13. NAMFAZLIN SHAM BINTI MOHAMED ARIFIN - LELAKI / MALAYSIA
14. NUR SHAZANA BINTI MOHAMED SALLEH - PEREMPUAN / MALAYSIA
15. ANGELINE PREMILA RAJANDARAN PEREMPUAN / MALAYSIA


KAPTEN pesawat MH17 Wan Amran Wan Hussin dipercayai terkorban selepas pesawat Penerbangan Malaysia dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas di timur Ukraine, semalam. Gambar ini diambil daripada laman facebook keluarganya. - Foto Ihsan


semoga semua keluarga penumpang tabah mengharungi dugaan. semoga roh-roh sekalian kaum muslimin yang berada didalam pesawat berkenaan ditempatkan bersama-sama golongan beriman.

tidak dapat dibayangkan bagaimana perasaan sekalian mangsa ketika berada didalam pesawat berkenaan.

Alfatihah...




Tiada ulasan:

Catat Ulasan