Khamis, 24 Mac 2011

penghantar pengurusan - pengenalan dan perancangan

setiap organisasi  terdiri daripada orang yang dikumpul secara sistematik untuk mencapai satu matlamat dan tujuan. contoh : Kumpulan Wang Simpanan pekerja (KWSP), Lembaga Urusan Tabung Haji (LUTH), dan Hong Leong Bank (HLB) yang menguruskan simpanan kita, Open Universiti Malaysia (OUM), Kolej Syahputra, yang memberi perkhidmatan pendidikan, dan sebagainya adalah contoh organisasi yang terdapat di Malaysiadan kesemuanya dikategorikan sebagai organisasi kerana masing-masing berkongsi 3 ciri utama iaitu tujuan, orang dan struktur sistematik
Tujuan : fokus kepada satu matlamat bersama. Setiap tujuan itu mestilah berbeza antara sesuatu organisasi dengan organisasi yang lain. Tanpa sesuatu matlamat dan tujuan, tiada sebab mengapa sesuatu organisas itu perlu wujud.
Orang : tujuan dan matlamat hanya boleh dicapai dengan adanya orang yang mengelolakannya. Para pekerja dan pengurus perlu membuat keputusan tentang tujuan organisasi tersebut dan seharusnya berusaha untuk mencapai sesuatu matlamat dan menjadikan sesuatu matlamat itu realiti.
Struktur sistematik : Antara langkah-langkah membentuk struktur sistematik adalah memperkenalkan peraturan-peraturan tatatertib organisasi yang harus dipatuhi oleh ahli-ahlinya, dan memperuntukkan kuasa sesetengah ahli ke atas ahli lain. Malah dengan membentuk spesifikasi tugas, pekerja dalam organisasi akan sedar tanggung jawap masing-masing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan