Khamis, 24 Mac 2011

antara kawan, sahabat, dan teman

assalammualaikum wbt...

secara jujurnya ingin ku katakan di sini mengenai title di atas (kawan, sahabat dan teman), ia mempunyai banyak perbezaan yang mana pada hakikatnya seseorang itu akan menilai secara streotype iaitu sama sahaja, namun pada saya ianya mempunyai perbezaan yang amat ketara.

kalau ikut kamus kawan ni maksudnya berkumpulan, beramai2.. etc pd aku pulak kawan ni satu xtvt kumpulan yang dibuat secara beramai2... yang tiada kaitan antara hati dan perasaan, hanya seseorang kawan yang baik seharusnya menghargai perhubungan itu agar perhubungan "kawan"  yang terbina itu mempunyai jangka masa yang panjang. Itu pon kalau perlukan perhubungan kawan tu la kan... 

keduanya Sahabat, kalau ikut kamus maksud sahabat adalah orang yang dikenal rapat dan disukai tetapi tidak bersaudara dengannya. bagi aku pulak  sahabat adalah seseorang yang memang rapat, yang boleh berkongsi cerita sukaduka bersama, lepaskan tension bersama, bersosial bersama.. pendek kate, sumenye yang dibuat adalah secara bersama, tetapi masih lagi dalam batas-batas persahabatan.

lastly Teman, dalam kamus maksud teman adalah orang yang sentiasa berada disamping seseorang itu, pengiring, @ peneman. Pada aku pulak teman bermaksud seseorang yang sentiasa berada disamping seseorang itu bagi   mengiringi @ dengan kate laen sebagai escort, x kirelah sebagai social escort ker, sebagai network escort  ker, yang penting ia masih lagi dalam batas-batas seorang teman.

untuk jangkamasa sekarang ni, aku mempunyai ramai kawan (80 %) daripada kenalan aku, 25 % teman dan hanye 5 % sahaja sahabat... so untuk pengetahuan sume... aku mendambakan peningkatan daripada kenalan aku untuk menjadi seorang sahabat, sahabat yang boleh berkongsi segala-galanya, sukaduka, sedih, marah geram, benci, dendam, dan segala macam sifat hati... 

siapakah antara kamu yang berjaya menjadi kawan, teman dan sahabat saya?. tahniah diucapkan... 
kepada yang tidak berjaya harap cube lagi ye... jgn bersedih... kerana kawan akan tetap hadir disisi, tetapi susah untuk menjadikan kawan itu sebagai teman dan sahabat sejati... 

renung2 kan...  

perbezaan antara pengurus dan pekerja pengendali & tahap2 pengurusan

Pekerja pengendali : seorang pekerja yang bertanggung jawap mengendalikan kerja atau tugasnya tanpa menyelia kerja-kerja orang lain. Ia juga di kenali sebagai pekerja operatif (pekerja biasa). 

Pengurus : seseorang yang mengarah aktiviti orang lain di dalam sesebuah organisasi ( manager, supervisor).

Tahap2 pengurusan.
 Ia terbahagi kepada 4 bahagian iaitu :
1) pengurusan atasan - fungsi : bertanggungjawap bagi keseluruhan pengurusan organisasi.
                                              bertanggungjawap membuat keputusan dan halu tuju sesebuah organisasi
                                              dan merangka dasar organisasi untuk mencapai objektif syarikat.
                                  - gelaran : Naib presiden, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)

2) pengurusan pertengahan - fungsi : mengarahkan aktiviti pengurus lain dan mengarahkan pekerja operasi untuk mencapai objektif syarikat.
                                          - kedudukan : antara pengurus barisan pertama dengan pengurus atasan
                                          - tanggungjawap : menterjemah matlamat yang ditentukan oleh pengurus atasan secara terperinci kepada pengurus barisan pertama agar dapat dilaksanakan secara sempurna.
                                           - gelaran : supervisor, penyelia kanan sesuatu organisasi. cth penyelia juruwang.
3)  pengurus bawahan (pengurus barisan pertama) - fungsi : hanya memberi arahan kepada pekerja operasi tentang objektif syarikat.
                                                                             - tidak menyelia pengurus lain. tetapi memberi maklumat mengenai pekerja bawahan kepada pengurusan atasan.
                                                                            - galaran : mandur, line leader di kilang elektronik.


4) pengurusan operatif. - fungsi : mencapai dan melaksanakan objektif syarikat.
                                     - gelaran : pekerja am, operator dan lain-lain.

penghantar pengurusan - pengenalan dan perancangan

setiap organisasi  terdiri daripada orang yang dikumpul secara sistematik untuk mencapai satu matlamat dan tujuan. contoh : Kumpulan Wang Simpanan pekerja (KWSP), Lembaga Urusan Tabung Haji (LUTH), dan Hong Leong Bank (HLB) yang menguruskan simpanan kita, Open Universiti Malaysia (OUM), Kolej Syahputra, yang memberi perkhidmatan pendidikan, dan sebagainya adalah contoh organisasi yang terdapat di Malaysiadan kesemuanya dikategorikan sebagai organisasi kerana masing-masing berkongsi 3 ciri utama iaitu tujuan, orang dan struktur sistematik
Tujuan : fokus kepada satu matlamat bersama. Setiap tujuan itu mestilah berbeza antara sesuatu organisasi dengan organisasi yang lain. Tanpa sesuatu matlamat dan tujuan, tiada sebab mengapa sesuatu organisas itu perlu wujud.
Orang : tujuan dan matlamat hanya boleh dicapai dengan adanya orang yang mengelolakannya. Para pekerja dan pengurus perlu membuat keputusan tentang tujuan organisasi tersebut dan seharusnya berusaha untuk mencapai sesuatu matlamat dan menjadikan sesuatu matlamat itu realiti.
Struktur sistematik : Antara langkah-langkah membentuk struktur sistematik adalah memperkenalkan peraturan-peraturan tatatertib organisasi yang harus dipatuhi oleh ahli-ahlinya, dan memperuntukkan kuasa sesetengah ahli ke atas ahli lain. Malah dengan membentuk spesifikasi tugas, pekerja dalam organisasi akan sedar tanggung jawap masing-masing.